Friday 20 May 2016

Pengalaman Di PLKN 2016

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2.0

Assalamualaikum wbt ...
Jawab salam tau, kalau takjawab dosa ...
Baiklah harini aku sudah bergelar pelajar STPM ...
Beberapa minggu yang lepas aku merupakan pelatih PLKN Kem Hijrah, Penor ...

Harini aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman sepanjang berada di PLKN.
Tahun lepas sebaik sahaja habis peperiksaan kimia iaitu paper last SPM, cikgu terus panggil nama aku. Pada masa tu aku memang dah confirm dah tahu yang aku akan menerima surat ke PLKN. Hati ni memang berat sangat nak pergi ke cikgu yang panggil tu. Memang tak suka sangat bila dapat tahu yang kita terpilih untuk ke Program Latihan Khidmat Negara. Suka tak suka terpaksa la pergi jugak sebab taknak dikenakan tindakan tata tertib oleh kerajaan. 

Tiba je 26 haribulan Mac 2016, tibalah masa lapor diri. Time tu aku kena lapor di padang Majlis Daerah Pekan ( MDP ). Kena kumpul kat sana pukul 9.00 pagi. So malam sebelum hari kejadian beria lah aku kemas-kemas beg, baju bagai dan beli barang-barang untuk PLKN. Time tu sedih gila sebab terpaksa tinggalkan rumah dan kawan-kawan untuk 2 bulan. Serious time tu memang tak ready gila nak ke PLKN.

Lepas je kumpul kat padang MDP tu, ramai jugak lah budak-budak 18 tahun yang lapor diri, Ada yang datang dari Chini, Nenasi dan Pekan. Aku ditinggalkan keseorang di sana sebab umi ada mesyuarat PIBG kat sekolah. So aku berani kan diri la. Ada la beberapa kanopi siap dipasang untuk proses pendaftaran. Ada banyak tempat pendaftaran time tu. Lebi kurang 3 tempat pendaftaran. 1 untuk Kem PLKN Hijrah, Penor, 2 untuk Kem PLKN Chini dan lagi 1 untuk Kem PLKN Semarak. Aku pun pergi la daftar kat PLKN KG HIJRAH. Dah memang sah sah aku dapat PLKN situ kan? So aku daftar jela. Orang yang jaga tempat pendaftaran tu bagi aku kertas senarai nama suruh check nama aku ada ke tak? Aku berharap sangat nama aku takde supaya aku takpayah pergi. Last-last ada jugak nama aku. Terpaksa la daftar jugak. 

Time ada kat padang MDP tu kan? Orang kat sana pasang lagu Khidmat Negara. Beria sungguh. Aku dah lah tak sanggup nak pergi, orang tu siap pasang lagu lagi. Konon nak bagi semangat membara la kononnya. Haha. Lepas je daftar kitaorang kena naik bas untuk ke Kem yang telah ditetapkan. Naik je bas nampak la muka kawan-kawan baru. Semua macam tak sedia je nak tinggalkan keluarga masing-masing. Ada jugak ibubapa yang tunggu di anak-anak mereka di luar bas. Muka ibubapa pun sedih je. Ada yang sampai menangis. Aku tahan je sebak. Haha nasib umi takde kat situ.

Beberapa minit lepas tu bas pun mula bergerak. Dalam bas tu ada seorang jurulatih kira jumlah pelatih yang ada di dalam bas tu. Sampai je kat PLKN kitaorang pun berkumpul di dewan. Kat dewan kitaorang boleh nampak ramai muka-muka jurulatih yang kitaorang tak kenal lagi. Ingat siapa rupa-rupanya jurulatih yang akan melatih kitaorang. Aku pun daftar jela. Time daftar sorang-sorang tu, mula lah pembahagian mengikut kompeni. Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Aku tak kisah dapat mana mana pun. Yang penting aku nak cepat balik.

Lepas je daftar aku dapat kompeni Bravo. Dorm tempat tinggal aku pun dorm Bravo la. Habis je ambil bekas tray makanan, sudu dan cawan. Aku terus bawak barang-barang ke bilik. Time kat bilik tu aku masuk, aku sorang je yang sampai dulu. Sunyi je bilik tu. Dalam bilik tu ada 20 lebih katil dan loker. Takde katil double decker k. Katil single biasa je. Aku pun pilih la katil hujung kat belakang sekali. Malas nak duduk depan depan pintu. Macam takde privasi gitu. Sebaik je pilih katil, ada lagi sorang budak sampai. Budak tu dorm Bravo jugak. Aku pun kenal-kenal la dengan dia, Nama dia Izzu. Baik orangnya. 

Lepas je seharian disana. Keesokkan harinya takde aktiviti lagi. Jurulatih suruh tunggu untuk kumpulan dari Kuantan sampai. Sampai je pelatih-pelatih dari Kuantan, dorm Bravo aku tu jadi penuh. Time tu diorang tak riuh pun sebab tak kenal antara satu sama lain. Belaka cara hal sendiri je. Lusanya pulak sampai pelatih dari Temerloh. Yang ni ramai dari kaum Cina dan India. Time ni aku risau sikit sebab takut dengan diorang. Muka ganas-ganas je dengan rambut warna warni. Dalam dorm aku tu ada la 1 Malaysia. Cina, India dan Melayu semua ada.

Lepas je semua dah sampai. PLKN tu pun dah penuh dengan pelatih. Lebih kurang 200 lebih la. Jurulatih ada lah dalam 20 lebih. Kitaorang berkumpul di logistik untuk urusan pakaian. Orang kat logistik tu adalah tentera laut diraja malaysia. Muka ganas dan garang weh, Takut aku. Dia suruh beratur ikut kompeni dan mula bagi pakaian. Full loreng termasuk baju loreng, inner loreng, seluar loreng, beret, stokin kawad, kasut spike boot dan tali pinggang semua dia bagi. Lepas tu pakaian kelas, baju kelas, seluar kelas dan kasut kelas semua dia bagi. Mula-mula ingat semua yang dia bagi muat la mengikut saiz yang dia bagi time daftar haritu. Cuba-cuba je. Ambik kau besar nak mampus. Hahaha. Takboleh tukar dah time tu sebab kekurangan saiz kecil. Terpaksa la pakai.

Aku ringkaskan cerita k. Nanti korang akan masuk kelas mengikut kompeni. Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Time tu korang akan diperkenalkan dengan jurulatih mengikut kompeni masing-masing. Masuk je dalam kelas tu korang akan dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Dalam setiap kumpulan tu korang kena lantik 1 ketua. So, nanti korang akan kenal-kenal la dengan satu sama lain. Mula-mula memang la segan sikit. Lama-lama kan dah rapat macam satu kepala. Serious talk memang enjoy gila time kelas. Ada kelas ajar i-Upgrade, i-Serve, Tech & Talk, Malaysiaku Berdaulat dan macam macam lagi. Setiap hari la korang akan ke kelas. Tapi untuk waktu pagi selepas sahaja solat subuh korang akan ada PT pagi. PT pagi ni macam perhimpunan awal pagi. 

Time PT pagi korang akan bersenam ikut jurulatih yang bertugas. Kadang-kadang korang ajak berjogging di luar kem. Time tu fuh rasa bebas sekejap. Ibarat burung terlepas dari sangkar. Rasa bebas kejap. Kadang-kadang PT pagi ada senam seni. Korang akan bersenam dan berjoget ikut rentak lagu. Lagu paling best bagi aku adalah lagu Jamilah, Rossa dan Cha cha. Memang best gila la.

Lepas habis PT tu terus kitaorang akan sarapan pagi.  Kadang-kadang makan nasi lemak, mee hun, mee goreng dan koko krunch. Time makan tu kitaorang akan duduk mengikut meja kompeni masing-masing. Phone boleh je bawak. Hari Sabtu dia akan bagi kat pelatih. Ikut disiplin korang la. Lepas tu pulang semula phone hari Ahad malam. Time dapat phone tu jurulatih selalu ingatkan untuk telefon ibubapa masing-masing. 

Sebulan je kat sana dah macam aktiviti aku buat. Ada kembara halangan. Tali tinggi dan aktiviti indoor. Kitaorang ada jugak kena cipta logo bendera untuk kompeni masing-masing. Lepas tu cipta sorakan masing-masing. Untuk setiap pertanding yang akan jurulatih buat, kitaorang akan lawan mengikut kompeni. Kira kompeni Bravo ni taklah duduk tangga atas dan taklah duduk tangga bawah sangat. Kira kompeni Bravo ni duduk tengah-tengah la. Kawan-kawan dalam kompeni Bravo pun sporting sporting belaka. Serious best gila weh PLKN.

Lepas je sebulan lebih kat sana, aku terima satu borang sambung belajar ke Tingkatan 6. Aku suka sangat sebab dapat keluar dari PLKN. Tapi dalam masa yang sama ramai jugak member-member yang sedih sebab aku nak keluar. Aku terpaksa la keluar sebab nak sambung belajar. Mula mula kan rasa gembira, tapi tiba je sehari sebelum aku tinggalkan PLKN, macam macam perasaan muncul. Sedih pun ada. Time last aku tidur kat PLKN tu budak-budak kompeni aku semua baik-baik sangat. Diorang selalu cakap jangan lupakan diorang di sana. Serious sedih gila. Belaka minta maaf antara satu sama lain.

Kat surau time maghrib tu ustazah buka peluang untuk pelatih-pelatih yang akan sambung belajar ke Tingkatan 6. Time aku bagi ucapan tu aku nak nangis dah tapi aku tahan. Budak perempuan ramai yang nangis. Yelah sebab kitaorang dah macam satu family dah kat sini. Dari first day datang nak balik, lama lama dah biasa dengan suasana di sini. Kalau time bertanding antara kompeni je kitaorang selalu support antara kompeni kompeni. Selalu buat kerja bersama. Malam tu aku kena khianat dengan diorang. Diorang letak colgate kat muka aku. Tengah malam panas muka aku. Aku bangun terus pergi tandas basuh. Time dalam tandas tula aku rasa sedih sangat sebab diorang sayang aku. Diorang kena kan aku untuk kali terakhir. 

Esok pagi je aku pakai baju kelas. Diorang semua pakai baju PT sebab ada khidmat komuniti di luar. Masa tula belaka nyanyi lagu perpisahan. Aku sempat jumpa kawan-kawan salam ucap selamat tinggal. Yelah sebab last jumpa kot. Aku ada kacip 2 orang kat sana. Belaka sedih je aku nak pergi. Diorang naik bas je aku dah mula rasa sunyi. Rasa macam sunyi semacam. Akhirnya umi datang ambil aku balik. Aku salam semua jurulatih ucap terima kasih sebab sudah bimbing aku selama sebulan lebih ni. Aku keluar belajar sebab dapat pelepasan awal. So, aku takdapat penangguhan PLKN dah.

So apa yang aku nak bagitahu korang enjoy jela PLKN. Mula mula memang taknak taksuka apa semua lah. Bila dah lama lama korang akan rasa seronok dan best duduk kat sana. Ramai kawan kawan korang akan jumpa nanti. Hargailah masa korang disana. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum. Harap2 awk perasan komen ni. Pelbagai soalan yg ingin saya tanyakan. Ada kisah2 hntu tak? Muka boleh burn tak dkt sana? Byk latihan fizikal ke? Hahah mcm kelakar pulak soalan tu.. mcm mana nk contact huhuh

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya. Sekarang yang tak dapat PLKN pun boleh apply jadi sukarelawan. Boleh la join tambah pengalaman.

    Info lanjut boleh rujuk Semakan PLKN 2018

    ReplyDelete
  3. PLKN ni mesti kena dari mula masuk Smpai hbis bru rasa nikmat dia...lgi" time sebari sebelum tinggalkan PLKN ...kau akn rasa sedih campur gmbira... xleh nk buangkan Kwan" yg selalu ada saat kau susah dan senang akan kita tinggalkan... PLKN ni sekali seumur hidup... mcm aq ...ada gak berapa Kwan yg smpai skrng aq Tak jmpa dia...mungkin time PLKN last aq jmpa dia...hope dia sihat selalu...apa"pun jmpa dkt syurga jelah...PLKN ni menyimpan 1000 kena gam.

    ReplyDelete